Untuk Makan
RM21.00 - Free Cost Post
Mandian, Rendaman
RM21.00 - Free Cost Post
Maklumat Produk
Garam Bukit As-Syifa adalah merupakan sumber garam asli yang diperolehi dari pergunungan Himalaya di sebelah Pakistan yang telah diketahui umum mempunyai pelbagai khasiat kesihatan kepada tubuh badan manusia. Ianya telah digunakan sejak sekian lama dari generasi ke generasi dalam pelbagai kegunaan seperti rawatan kesihatan luaran dan dalaman badan disamping dijadikan pemakanan harian dan digunakan untuk masakan. Ia adalah garam organik yang paling berkhasiat, paling bersih dan mempunyai struktur geomatrik kristaline yang amat sempurna. Ia mengandungi semua unsur yang terdapat dalam tubuh manusia
Sunnah
Rasulullah S.A.W menyarankan supaya memakan secubit garam pada awal dan akhir setiap kali makan: “Sesiapa yang memulakan makan dengan memakan secubitgaram, Allah akan hindarkan 330 jenis penyakit, yang paling kurang ialah kusta, sakit perut dan sakit gigi. Selebihnya Allah yang Maha Mengetahui.”
Perbezaan Garam Bukit dengan Garam Biasa
Garam Gunung Himalaya ternyata berbeza daripada garam halus biasa yang diproses yang mana kandungan sodiumnya adalah sodium pasif yang menyebabkan tekanan darah naik. Garam biasa memudaratkan apabila proses “pembersihan” turut menyahkan unsur potassium, kalsium, magnesium dan besi yang perlu bekerjasama dengan sodium. Garam Bukit merupakan satu rahmat daripada Allah SWT yang boleh dinikmati dan tidak semestinya ditakuti kemudaratannya.
Kebaikan Garam Bukit
Garam Bukit sangat perlu dalam penghadaman dan pencernaan makanan, mengurangkan masalah angin dan gastrik. Ia sangat cekap melancarkan pengaliran darah, merangsang kelenjar untuk merembes hormon, asid amino, mineral dan vitamin oleh organ tubuh. Ia kaya dengan iodin dan mampu mengimbangi kalsium dalam tubuh iaitu mineral yang penting untuk mencegah osteoporosis. Melembut & mengekalkan kecantikan kulit secara semulajadi.Mencerahkan kulit serta mengembalikan keremajaan tubuh badan. Membuang kekotoran,toksin & sel-sel kulit mati.Melancarkan peredaran darah & menenangkan fikiran. Merawat masalah kulit seperti jerawat,parut dll.
Khasiat Bacaan Surah dan Doa
Garam Bukit As Syifa telah dibacakan surah-surah dan doa bagi pelbagai tujuan dan hajat yang diperlukan oleh kita sebagai manusia yang lemah dan sentiasa perlukan pertolongan dari Allah SWT bagi memohon hajat dan perlindunganNya. Bacaan surah dan doa seperti Yassin, Surah-Surah Rukyah,Ratib Al Haddad, Al Ma’thurat, Selawat Syifa, Selawat Tafrijyyah, Doa-doa Mustajab (seperti doa keselamatan,kesihatan,tolak bala, Doa kesembuhan penyakit, Doa permudah urusan dan hajat, Doa elak gangguan, Doa Kelapangan hati, Doa gangguan makhluk halus, Doa Murah Rezeki, Doa Rawatan Angin Ahmar, lumpuh dan strok, Doa Pelindung Kecurian) ,Doa-Doa Pendinding (seperti Doa Pembatal Sihir, Doa Doa Penunduk Sihir, Doa Pendinding Sihir, Doa Pendinding darpada Syaitan, Doa menghindar Syaitan, Doa Penghindar Hasutan dan gangguan Syaitan) , Bacaan Al-Muawwiat, Ruqyah Nabawiyah, Al-Manzil, Hizib Iman Nawawi, Hizib Bahar, Bacaan Ayat-ayat penyembuh dan Doa-doa dalam Al-Quran.
** Amalkan dengan bacaan Al-Fatihah, Selawat dan Doa kepada Allah mengikut hajat yang diinginkan dengan menetapkan hati dan niat hanyalah Allah sahaja yang berkuasa memberikan pertolongan dan menunaikan segala hajat serta menyembuhkan segala penyakit.
BERUSAHA, BERDOA DAN BERTAWAKKAL
No comments:
Post a Comment